Alhamdulillah..tanggal 12 May 2005, terlakarlah sebuah sejarah dalam diari kehidupan aku sebagai pendebat apabila buat julung kalinya merasai gelaran juara debat di peringkat IPT. Kemanisan itu ditambah lagi dengan anugerah pendebat terbaik pertandingan akhir tersebut.Yang lebih manisnya sampai tahap glukosa paras tertinggi adalah berjaya membelasah lawan UTM di atas pentas akhir di hadapan ratusan penyokong sendiri.
Sebenarnya, aku rasa pertandingan akhir ni bukannya UIA vs UTM tapi UIA lawan IPTA. Memetik kata-kata nizam dalam hang nadim, di kala setiap pendebat yang kononnya 'otai universiti lain' sibuk memberi 'facts' (Piagam madinah,Eric Chia) dan approach kepada lawan kami, di satu sudut yang sunyi, hanya 2 orang jurulatih yang sememangnya otai, saudara Bad dan Yus setia memberi buah fikiran kepada kami.Hasilnya???
aura kemenangan bagaikan terasa apabila Daud membuat reply speech yang ternyata cukup mantap. Hujah-hujah irrelevant seperti Piagam Madinah dibelasah seawalnya hinggakan pasukan lawan kelihatan lemas bagaikan dipukul arus tsunami.Pakdat, sahabat saya juga bagaikan hilang arah dan sudah tak kelihatan comel lagi.bangun yang ketiga mereka memberi bola tanggung di hadapan jaring,dan tugas kami cukup mudah untuk membuat jumping smash ke gelanggang lawan.
saya tak fikir ada mana-mana pihak yang akan mempertikaikan keputusan perlawanan itu dek kerana panel jurinya bukan calang-calang.Siapa yang tak kenal Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST,Prof. Khoo Kay Khim, sejarawan terkenal, Ustaz Uthman Muhammady, ISTAC,timbalan Presiden Institut Integriti dan 2 hakim kelas tertinggi MADUM, En Nazri dan En Nazru yang sudah diperakui kredibiliti mereka.
tentang best debater, bagi saya, daud,adira dan saya dah jalankan tugas kami. (apapun misi mengalahkan Daud berjaya:))..gurau jer..yang penting, UIA meneruskan tradisi kegemilangan dengan menjuarai hampir setiap kejohanan kali pertama..ROYAL, IKIM, ALAM SEKITAR, dan kini Integriti.Setinggi apresiasi buat En Khair dan Kak Maz atas inspirasi yang disuntik. Abg Andika dan abg Yus serta isteri,thank you so much for all the teachings.without both of you,susah jugak nak kata...to supporters, thank you for the strong support..to nizam, rakan sejawatku,thank you for the tips malam final tu..it helped lots..
apapun, lots of tournament to come.the burden is on us to prove that we are the best!